Skip to main content

Posts

Tajuk Debat dan Syarahan (Menengah dan IPT)

Tajuk Debat dan Syarahan  1.        Brain Drain: Malaysia Perlu Berkeras 2.        Program Transformasi Gagal Memerangi Rasuah 3.        Isu Palestin- Israel – Mcdonald Jadi Mangsa 4.        Debat Bukan Budaya Kita 5.        Bangsa Rohingya: Kuman Di Seberang Laut Nampak, Gajah Di Depan Mata Tak Nampak 6.        Isu Air Selangor: Sekepal Jadi Gunung, Setitis Jadi Laut 7.        Kepompong Perpaduan Kita Sudah Pecah 8.        Jalur Gemilang Tidak Lagi Gemilang 9.        Warung Mamak Menceriakan Perpaduan Negara 10.    Rancangan Realiti Tv Bukan Medan Bakat 11.    Industri Perfileman Malaysia Masih Di Tokok Lama 12.    Perlembagaan Fam Barah Dalam Diam 13. ...

Tips Bila Ada Masalah (Masalah dan Penyelesaian)

Assalamualaikum dan salam lebaran. Macam mana raya kali ni? Ok ke K.O? Mana tak nya raya-raya macam nilah nak makan sakan. Kuih raya, lemang, ketupat, rendang, nasi impit. Macam macam lah. Tapi ingat, raya-raya juga. Makan pun biarlah berpada-pada, ingat juga pada mereka yang tiada. Bukan yang tiada di dunia maksudnya tapi tiada semewah kita dalam beraya. Yang rayanya pada hari pertama, lepas tu kena kerja balik menyara keluarga. Dalam kemeriahan beraya, ada aku yang dari hari raya ke 8 terpaksa dikuarantinkan atas nasihat Doktor kerana jangkitan virus. Virus apa? Virus Varicella atau dalam bahasa kita ‘chicken pox’ a.k.a cacar air. Teruk ke? Teruk juga tapi tak seteruk gambar yang aku tengok dalam internet. Mungkin masa aku kecik-kecik dulu, antibody kuat kut tu yang tak kena, bila dah tua ni, penat, letih, antibody lemah tu yang berjangkit. Berjangkit dengan siapa tu wallahua’lam. Masuk hari ni dah 8 hari aku dikuarantikan. Apa-apapun doakan aku diberikan kesihatan yang baik. Inn S...

SORRY!!

Assalamualaikum dan Salam lebaran. Untuk entri kali ni, aku cuma nak sent artikel yang pernah aku tulis pada tahun 2013 yang belum ter’sent’ sampai hari ni dengan beberapa penambahan. Ada beberapa artikel lagi yang tak tersent yang aku tulis dengan pena suatu ketika dulu. Bila ada peluang ni, tak salah kita guna untuk benda-benda baik. Bercakap pasal raya, perkataan maaf tu pasti sangat sinonim. Time raya lah semua orang berpusu-pusu nak minta maaf. Tapi bukan hari raya je tau, hari-hari lain pun minta maaf juga. Bila kita buat salah, buat silap, benda pertama yang akan kita lakukan adalah minta maaf kan? Aku tak kata pada orang lain sebab aku pun macam tu juga. Kadang-kadang kita tak sedar kita buat silap. Kadang kita sendiri tak tahu kita salah. Kadang kita tak rasa apa-apapun tapi dalam masa yang sama perbuatan tu buat orang lain pula terasa hati dengan kita. Then, bila kita tersedar, mulalah rasa gelisah tak tentu arah. Seriously sangat tak tenang selagi orang tak maafkan. ...

Menjadi Al-Adiyat

Assalamualaikum, salam kasih sayang buat semua yang mengenali diri ini. Hampir 3 minggu sebenarnya aku berdiam dalam dunia penulisan selepas entri Crush aku post. Janjiku kalau semua assignment dan minggu hectic dan beransur tenang, aku akan mulakan penulisanku kembali. Tapi nampaknya, assignment-assignment itu tak pernah habis. Tak pernah surut. Selesai satu, satu yang datang. Nak tak nak, selagi masih ada kekuatan, akan aku kongsikan apa yang aku baca, apa yang aku dapat, apa yang aku dengar dan apa yang aku belajar. Moga-moga perkongsian ini memberi satu nilai tambah dalam hidup aku dan dalam kehidupan kita bersama. Menjadi Al-Adiyat! Tertarik aku dengan tajuk ini, bila satu ketika aku baca surahnya. Ku belek maksudnya satu persatu. Ayat-ayat cinta Allah yang satu ini, biarpun tidak panjang tapi besar maksudnya. Tambah-tambah pula bila Allah menemukan aku dengan satu buku yang benar-benar membuka mata aku tentang betapa Surat Al Adiyat ini dekat sebenarnya dalam kehidup...

CRUSH

Assalamualaikum sister and brother yang  aku sayang. Ok, sebelum tu bila sebut sister jangan pula fikir benda yang bukan-bukan. Fikir tentang Yahudi, Kristian bagai. It just about 'kakak' yang diertikan dalam Inggeris je. Aku cakap awal-awal. Tak pasal-pasal nanti kena kecam, iluminati bagai. Please, open your mind. Change your mentality, ubah persepsi. So for today, apa yang akan aku kongsi, beri pandangan peribadi adalah tentang CRUSH. Bukan apa, tapi sejak 2,3 minggu akhir-akhir ni banyak pula confession cinta. Dekat mana? Dekat salah satu group telegram. Aku masuk group tu before group tu glamour yang tahap kalau boleh semua orang nak screenshot confession dalam tu jadi status whatsapp. Aku masuk group tu sebelum kebanyakan isi-isinya tentang cinta, tentang crush, tentang orang yang kau minat pakai baju apa, buat apa, budak mana, fakulti mana and so on. And so on. Group apa? Tak pelah. Tak nak lah aku cakap group apa. But probably most of USIM's students know ab...

DIA!

Sedang elok aku chatting dengan member tentang urusan mooting competition yang tak lama lagi akan berlangsung, tetiba ruang bicara mesej ku diketuk si dia… ‘Rindu Along’ ‘Semoga dalam rahmatnya’. Dua ayat yang buat hati aku terpana. Jarang si dia nak mesej kakaknya yang satu ini. Bukan kata dia, aku pun sama. Jarang sangat nak tegur dia. Bila ada mesej masuk, cepat-cepat aku buka. Tapi 2 tutur kata bicara tu buat aku terdiam seketika. ‘Nak balik dah jumaat ni’, kataku. Buat seketika, hati aku meronta-ronta rasa nak balik. Padahal tak sampai sebulan lepas aku balik untuk majlisnya. Nasib baik kali ni balik bukan dengan mencipta alasan, tapi kerana cuti midsem yang memang sudah termaktub dalam tarikh pekeliling universiti. ‘Belajar molek sis’ again. ‘Tetiba rindu saya, awak sihat tak’, okay. Aku soal dia. Agak pelik angah malam ni. Lain macam bunyinya. Sihat tak budak ni hari ni? Rasa sayu mula hadir. Dah tahu nak pergi, boleh pula main-main dengan hati kakak yang terlalu ra...

Nukilan Seorang Kakak Buat Adik Tercinta!

Kerana kata “blood is thicker than water” dan kerana kata “air dicincang tidak akan putus” itu, aku rela melepaskan seorang adik ke satu tempat yang entah bila mampu kakiku menjejak debu tanahnya. Tempat para anbiya’. Tempat para Syuhada’. Bumi itu, bumi yang diimpikannya sejak dia bergelar seorang pelajar kelas agama. Bumi itu, bumi yang dirindukannya sejak dia kenal Allah penciptanya. Memori-memori lama datang berkali-kali menerjah fikiran aku yang teramat menyayanginya. Mana ada kakak yang tak sayang adik nya. Aku berfikir soal aku, sedang soal umi dan abah tak pula aku fikirkan. Betapa setiap malam umi menangisi detik-detik kepergiannya. Beberapa hari sahaja lagi, berangkat dia membawa diri. Demi mencari lautan ilmu dari Tuhan. Hakikatnya, 4 tahun jangkaan dia disana belum tentu mampu seceduk ilmu dia dapatkan. Hatta seorang professor yang tinggi ilmunya, hanyalah setitis dari selautan mutiara-mutiara ilmu itu dia dapatkan. Adik! Bercakap soal adik, mudah sangat hati aku ters...