Assalamualaikum dan salam 1 Ogos dari seorang aku yang sekarang sedang bergelar pendidik sementara. Klise kan tajuk aku kali ni, rasa-rasa tercapai ke jodoh buat umi. Aip, jangan salah faham pula, bukan cari jodoh untuk umi. Menggila jawabnya kalau buat macam tu. Abah nak letak mana? Tapi jodoh untuk aku buat umi. Eh, tiba-tiba Shahira Elyas bercakap soal jodoh. Demam ke? Tak aku ok. Sihat wal afiat setakat ni. Alhamdulillah. Cuma entah kenapa sejak 2 hari lepas, bila abah buka cerita tentang dia yang berjumpa dengan seorang kawan aku dari sekolah lama dulu, umi tak habis-habis bertanya. Menyoal macam aku seorang pesalah yang sedang disoal siasat oleh pihak polis. “Tu gewe (kekasih) along ke?” (merujuk kepada orang yang abah ceritakan). “Haish mana ada umi. Kawan along lah. Sama-sama sekolah Amir dulu” “Mana along tahu dia balik?” “Lah, along tahu lah. Kawan along kan. Adalah group WhatsApp umi oi” “Jolo ko. Ko gewe along doh” “Dok!” “Along tak dok gewe ko?” “Ta...
Everyone Was Someone Dream Person. Love Yourself!