Ha! korang makan guna tangan tak ??? atau guna cara style branded2 punyer. kalau korang suka makan guna tangan, sebenarnya banyak hikmah disebalik cara korang itu, lebih lebih lagi, itu adalah salah satu sunnah Rasulullah, kalau sunnah Rasulullah pasti banyak kebaikannya. Nak tahu apakah disebalik sunnah makan menggunakan tangan..jom kita kongsi bersama ... Makan menggunakan tangan adalah antara sunnah Nabi Muhammad s.a.w yang telah lama ditinggalkan oleh umat baginda pada hari ini. Tangan adalah antara alat utama untuk mengambil dan menyuap makanan ke dalam mulut. Jika ada benda yang membahayakan, tanganlah yang akan mengesannya. Umpamanya, duri, tulang ikan atau tulang ayam. Soal kekotoran pada tangan tidak akan timbul kerana Islam menyarankan agar sebelum makan, kita disunatkan terlebih dahulu mencuci tangan dan hanya tangan kanan sahaja yang diajarkan untuk menyentuh makanan. Dikatakan, antara kehebatan hikmah menggunakan tangan adalah jari-jemari manusia itu mengandungi ...
Everyone Was Someone Dream Person. Love Yourself!