Skip to main content

Catatan Training of Trainer 5

Assalamualaikum.. hai hai ^^.
kembali bertemu dalam siri Training of Trainer episode ke-5. Hehe.. macam drama pulak ada episod-episod.
Erm, untuk kali ini, aku akan kongsikan pengalaman kami ke Johor Darul Takzim.
Mungkin ini percutian terakhir kami bersama. TT TT
Dan mungkin ini pengalaman terakhir aku bercuti di bawah pengelolaan Maahad Amir Indra Petra as a student. Mana taknya, 7 of June dah kena lapor diri kat Matrikulasi Pulau Pinang. Dahlah waktu tu puasa. Sob sob.. mesti letih.
Tapi tak apa ... grab this chance and make it more than just a holiday . Forget about Matrik for a moment and enjoy. Dalam masa yang sama, enjoy my story guys. Sorry, kalau typo. Maklumlah, Insan biasa.
Seminggu sebelum lawatan♡
Mummy Farzimar , pegawai PKINK inform yang nanti akan ada lawatan. HAPPY? Of course la happy. Sebab every single thing PKINK tanggung. Makan, tempat, tambang. Semualah. Pendek kata, pergi bawak diri je. Bukan itu sahaja, elaun pun diorang bagi. So, kira bertuah juga lah.
Tapi bukan sebab itu sebenarnya aku happy, tapi sebab aku boleh cipta pengalaman baru lagi dengan geng TOT.
Untuk percutian ini, hanya 2 buah sekolah terlibat, Maahad Amir Indra Petra dan SMK Wakaf Baru. Tu pun sebab kitorang menang masa Konvensyen Protune Peringkat Negeri Kelantan Hari tu.
And for this time, our ViCe IT, Shairazi boleh happy sebab boleh join sekali. Thanks tu Ustaz Zulkifli sebab bagi peluang kat Shairazi untuk ganti dia ke Johor. Bukan sebab Ustaz tak nak, tapi sebab dia sibuk. Imam Masjid lah katakan. Tambah pulak dekat dengan cuti, lagilah sibuk handle orang yang nak kahwin.
So, 8 orang ke semuanya. Cikgu Zariah, of course cikgu penasihat kena pergi. Fadhlan, Pengarah Urusan, Mizan Qistina Bushra , Pengurus Pentadbiran, Aku, Shahira, Pengurus Kewangan, Rusydan Suhail, Pengurus Pengeluaran, Asma' , Pengurus Pemasaran. Afnan Luthfi, Big Boss of Budak IT. Shairazi, Vice Minister of Budak IT. Rasa dah cukup 8 orang.
One day, before the day dapat surat jemputan.  Rasa tak sabar nak bertolak. Disebabkan hari bertolak tu hari Exam, jadi terpaksalah bebudak ni Exam bila buka sekolah nanti.. pengorbanan namanya tu kena Exam sorang-sorang. Huhu.
Hari Pertama (25 of May 2016)
Pagi-pagi lagi aku dan adik aku , Fadhlan dah sampai sekolah. Tumpang abah,macam nilah. Tambah pulak abah jenis yang tegas and timid. Disiplin! 7.05 pagi, anak-anak abah dan kena turun dan ada dalam kereta. Kalau tak ada lagi waktu tu , jawabnya pergi sendirilah. Macam tu jugak waktu balik. 2.30 petang dah kena ada kat bus stop. Kalau tak pandai-pandailah hangpa balik sendiri. No kompromi. Bukan abah tak sayang anak,mana ada ayah kat dalam dunia ni yang tak sayang anak.. abah buat semua tu sebab abah sayang lah. Abah nak ajar anak-anak berdisiplin. Tepati masa. Abah pernah cakap, kewajipan kita dalan sehari lebih banyak dari waktu. Jadi kenalah pandai pandai jaga.
Turun je dari kereta, terus aku ke rumah Cikgu Zariah, malu nak masuk sekolah. Entah. Maybe sebab pakai baju yang tak formal ( bukan baju sekolah )
So kira bertolak sekali ngan cikgu la ke sekolah. Sampai kat sekolah , orang dah pandang pelik.. maybe sebab baju  kut. Dalam 7.30 pagi semua dah berkumpul kat dataran. Then, ustaz Zul ajak makan.. kitorang apa lagi, terima je lah. Maklumlah ustaz nak payungkan. Hehe.. thanks ustaz.
Dalam pukul 8 lebih, mummy and the gang datang.. mummy cakap lambat sikit sebab pergi SMK Wakaf Baru . Bertolaklah kitorang.. diiringi PK HEM. Hehehe
Aku rasa sepanjang perjalanan , dah berapa round aku tidur. Ni kan Johor,  Kelantan-Terengganu pun aku terlelap.
(Eleh, Awak tu, kalau bukan dalam perjalanan pun tidur. Bukan setakat dalam kereta yang sunyi tu je, dalam kelas yang bising tahap gaban tu pun tidur)
Hehehe. Dah nak buat macam mana. Mengantuk ! Tidur jelah. Lagipun aku ni jenis yang cepat loya kalau dalam kereta. So ubat terbaik ialah tidur, selain dari makan. Tu yabg badan makin naik ^^
On the way ke Johor, ada lah satu kisah yang buat aku rasa macam tengok drama life depan mata. Betul-betul berlaku kat depan mata. Seorang lelaki pakai all black, bersarung tangan, black jacket, and dia tutup muka dia dengan helmet cermin hitam ,simbah minyak and nyalakan api kat sebuah kedai. Api nyala denga maraknya. Then, dia start motosikal, dalam masa yang sama dia gerakkan tangan macam isyarat selesai. Alah, nak cakap pun tak reti.. macam kat dalam cerita. Masa tu semua orang kalut. Tak tahu nak buat apa .. Mummy suruh tengok no plat motor.. the problem is no plat pun tak ada. Aku rasa orang tu diupah kalau tak pun kes dengki. Memang banyak gila spekulasi dalam otak aku ni. Tak silap , lokasi tempat tu sebelum jambatan Kuala Besut.
Yang paling mengejutkan aku adalah tak sampai 1 km dari tempat tu ada pejabat polis. Memang berani mati betul lah, orang yang bakar rumah kedai tu. Tak takut langsung kena tangkap. Mummy suruh pemandu, Abang Di buat report kejap. Lepas dah selesai semua, kitorang pergi makan. Sarapan pagi. Sebab tadi aku dah makan, so order air jelah. MILO.
Dalam pukul 2.30 petang kitorang berhenti makan dekat medan selera sebelah petronas. Pekena Ikan Patin. Fuhh sedap. Pastu solat jap. Dalam pukul 4 teruskan perjalanan lagi. It's mean masa untuk teruskan tidur aku tu.. hehehe..
Alhamdulillah, sepanjang perjalanan hujan turun mengiringi percutian kami. Dapat rasa dan dengar air hujan yang turun memang satu nikmat bagi aku. Dah lama sangat tak hujan, so bila hujan satu perasaan nikmat muncul.
Dalam pukul 8 kitorang sampai kat Hotel Selesa , Johor Bahru. Bilik? Erm not bad lah. Tapi yang paling sedih langsung tak ada plak,suis,soket. Baru niat nak gosok baju and charge phone. Kira mewah lah jugak sebab boleh duduk 2 orang sebilik. Aku dengan Mizan. Normal pairing. Disebabkan aku dan dia sama-sama ganas, dengan bangganya kitorang angkat peti sejuk kat dalan almari tu and letak atas meja sebab nak guna plak.. hehehehe.. Miane sir Hotel. Harap tak ada room service la. Kalau tak , silap-silap kena charge.
Lepas dah solat , dalam pukul 9, kitorang turun kat lobi. Time untuk cari dinner pulak. Tak jauh dari hotel ada satu restoran. Tak ingat nama apa . Tapi sedap jugak lah. First menu kiorang pesan adalah Kuew Tiau Hong Kong, Mizan pulak Kuew Tiau Ladna. Second dish, Pizza apa entah. Tak perasan. And our  dishes is , Stick grill . So yummy. Of courselah Yummy, orang belanja kan?hehehe... dalam pukul 10, semua dah penat , so apa lagi, cepat-cepat kitorang  naik atas untuk recharge power diri. Esok banyak benda lagi yang akan dibuat. So kena make sure tenaga cukup untuk esok. Good night guys! ^^,
Hari Kedua (26 of May 2016)
Hari kedua memberi beribu makna. Why, sebab hari ni lah one of the main or highlight day sepanjang percutian. Semalam, tidur nyenyak gila. Kalau abah tahu aku guna hyperbola 'gila' ni memang masaklah jawabnya. Ingat abah pernah cakap dulu ' along ni , sikit sikit gila, sikit sikit gila. Pedas gila, sedap gila, panas gila. ALLAHURABBI' heheheeeh. Normallah kan zaman sekarang. Sorry Abah, you know your daughter.
Pukul 6.30 , aku dan Mizan turun tingkat 11. It was Nelayan Cafe there. Times to breakfast. So untuk pagi ni, makanan banyak gila. Ops, gila lagi. I mean, makanan banyak sangat so last sekali pilih yang dah biasa makan jugak, bubur nasi dan 2 slices of bread. 7.15 dah siap makan. But no for the boys. 7.15 tak turun lagi. Fuhh. Always macam tu. Pastu , berehat kat tepi kolam jap yang memang dah ada kat level tu. Dalam pkul 8 kitorang turun kat lobi. Ready to go to J-Corp.
Dalam pkul 8.30 dah sampai kat J-Corp ( Johor Corporation ). Disebabkan our appointment start pkul 9, so staf J-Corp jamu kitorang makab dulu. Makan lagi. Hehee. Naik lemak lah jawabnya. Tepat pukul 9, start taklimat about Johor Corporation. Sedikit input yang aku boleh kongsi adalah , this company start dengan modal RM10  juta dalan bentuk tanah yang berjumlah 3500 hektar. Penanaman getah yang memang dah ada hasil dalam tahun 1970. But , apa yang buat aku fell amazed adalah, diorang boleh dapat dalam RM63 billion hanya untuk satu anak syarikat. AMAZING! Buat aku semakin berkobar-kobar to be an entrepreneur.
Dalam 10.30 am maybe, kitorang turun ke tingkat 4 from level 24. Sebab kat situ ada Ruang Informasi J-Corp. Bagi aku, everything kat sini ada their own style. Lebih kurang 30 minute lepas tu, staf J-Corp bawa kitorang masuk mall. Happy? Of course. Besar kut. Masuk je, dah nampak kids zone. Yang penuh dengan Angry Bird. And budak-budak yang menjerit. Kiyowo. Really really cute. Buat aku teringat kat Jannah, my little sister kat rumah.
TT TT Tapi boleh see the view jelah. You know , it's all about money. Sekali masuk dah dalam RM80. Boleh say hi and bye je. Tak boleh nak nikmati. Huhu.. Sabo jelah. Oh ya, hari ini kat sekolah ada sambutan Hari Guru. Tak dapat nak menghadirkan diri. A little greet fot them.
"Selamat Hari Guru. Semoga panjang umur dan diberkati Allah. Terima kasih sebab sudi ajar saya . Walaupun selalu menyusahkan cikgu. Sob sob. Always tidur dalam kelas. And always banyak cakap. Terima kasih sebab sabar dengan saya. Terima kasih cikgu. Selamat Hari Guru."
Okay, back to the story. Tak nak emo emo. Dalam 11.50 kitorang go back ke tingkat 24 untuk makan tengahhari.
So what's the menu. Jeng jeng jeng.
Nasi, Ayam Berempah, Ulam Raja, Ikan Tilapia Gulai Nenas, Sambal apa entah.. tapi sedap lah. Sebab rasa dia tu macam tak jauh sangat dari Kelantan. Kira boleh jer masuk dengan selera aku. Alhamdulillah.
Dalam pukul 12.50pm, ready to go to, Kilang Nenas... yummy...  diorang bagi rasa diorang punya nenas. 'MELITA' the name of the pineapple. Sedap. Sebab, nenas yang ni rasa dia manis semacam and dia tak ada rasa gatal kat lidah tau. Biasa kalau makan nenas, mesti ada rasa tu. Tapi yang ni tak. Harga dia pun mahal lah sikit. Pastu kitorang balik hotel untuk berehat. Penat seharian. Dalam jam 8 malam, semua dah turun bawah untuk ke destinasi seterusnya. Agak-agak kat mana ya? Check it out. Kilang Bateri! That's it. Mula-mula , masa mummy cakap nak gi Kilang Bateri, aku mati-mati ingat kilang yang tempat orang proses bateri. Tapi bila sampai je.. Memang melencong jauh. Tempat tu memanglah kilang bateri. Tapi kilang bateri yang memang tak beroperasi sebagai kilang. Sebaliknya, people kat sini upgrade sebagai sebuah tempat beli belah yang boleh tahan lah. Masuk je, penuh dengan kedai makan yang aku boleh cakap taraf berbintang-bintang. Designnya. Pastu ada buskers lagi yang mengiringi. So sebelum shopping, kita makan dulu. For this time, kiuorang pilih Restoran yang diberi nama Yalla Yalla. So, sebab tak pandai nak pilih, kitorang serah kat mummy je untuk order. Lagi satu, segan nak order sebab harga, fulamak. Berpeluh dibuatnya. Last last mummy pilih Nasi Arab with Beef. RM 24 per pack. So ada lebuh kurang 20 orang so korang congaklah sendiri berapa. Tak masuk dengan air lagi tu. Kalau aku, memang tak makan lah kalau harganya begitu. Lepas dah kenyang apa lagi, kita shopping lah.. hehehe
Hari Ketiga (27 of May 2016)
Pagi-pagi lagi semua dah turun tapi tak boleh nak gerak.. sebab ada tiga orangbudak tu bangun lewat. Sebab apa, terlajak tidur.  Sape erk? Tak nak cakaplah. Biarlah rahsia. Kalau diorang baca, mesti diorang tahu sape dia. Hehee. Dalam 8.45 kitorang brtolak. Ke mana? The highlight place in Johor. Annyeong Legoland ! Yes, kitorang pergi Legoland. Happy sesangat. Mana pernah datang sini. Kalau nak harapkan aku , memang tak akan sampai lah sini. Nak masuk pun , dah berapa banyak kena bayar. Masuk je, kitorang bukak peta yang pihak Legoland. Sebab besar sangat kut. KUT! Masa tu memang kiyorang berpecah. Tapi sebelum tu, sempat jugak tengok cikgu Zariah join kelab tari Legoland. Cute mute betul. Aku, Angah, Mizan, Asma, Shairazi n Babam(anak mummy) satu geng. Yang lain aku pun tak tahu. Lepas dapat tiket tadi, pihak PKINK bagi jugak wang saku untuk beli barang kat dalam LEGOLAND ni. Baik sungguh. Thank you. Memang setiap permainan kitorang cuba. First , sekali planning. Sebelum zohor pergi kat zon kering , lepas zohor baru ke zon waterpark. Memang guna peluang sepenuhnyalah. Sempat bina bangunan dengan lego. And naik bboing bboing apa entah. Roller coaster? Tak payah cakap. Sampai dah lali. Hehehe. Lepas zohor, stick to the plan. Kitorang ke waterpark. Best!best!best!. Walaupun macam budak budak. And you know what, bila masuk je kat sini, ada jugak yang pandang pelik. Kenapa? Sebab aku masuk waterpark, playing the water dengan stoking yang tak berbuang. No matter how they look. Islam masih nombor satu. Even sesusah mana pun . Agama kena jaga. Memang susah, tapi lebih baik susah sekarang, dari susah nanti. Betul tak. Dalam 6.30 baru balik.. mujur kat sini ada musalla. Boleh solat dulu. Balik je hotel. Terus baring. Penat beb..
Pukul 8 turun makan kat restoran Simple. Bukan sebab restoran tu nampak simple. Tapi nama restoran tu SIMPLE. Betul-betul kat depan Hotel Selesa tempat aku and the gang menginap.
Nasi lemak sotong sambal. Menu yang aku pilih untuk hidangan malam tu. Lepas dah kenyang, semua naik bilik. Mengikut perancangan ,malam tu nak ke Pasar Karat. Tapi disebabkan pemandu semua dah penat , terpaksa cancel. Namun, takdir Allah tu indah. Malam tu jugak, Abang kepada Rushdan datang and nak bawak dia jalan-jalan. So, dia ajak kitorang sekali( yang mana yang still kat lobi hotel dan tak naik bilik). Lastly boleh jugak meronda Johor for the last. So, Abang Rusydan and his wife kat depan. Aku, Mizan and Asmaa kat tengah and Shairazi, Rushdan and Hafiz kat belakang. Yang lain semua dah naik bilik. Sebelum bertolak, sempat aku report dekat Kak Su and Abe Zul. Staff PKINK. Nanti tak adalah tercari-cari. Walaupun, setiap dari kitorang dah ada insuran sebelum datang Johor tapi still kena jaga-jaga.
Pastu apa lagi, kitorang roaming dengan Abang Amir, abang kepada Rushdan kat Pasar Karat.. ngn Rozi, Hafiz, Mijey, Asma', Rusydan and Kak Anis.  Sebelum tu makan dulu kat kedai depan jam besar Johor Bahru. And dapat a little present from Hafiz . Thank you. Kecil tapi bermakna. Yang si Shairazi pun satu, mulalah tayang muka cute. Macam aku dengan Hafiz ada apa apa. Tak semenggah betul. Huhuhu. Sorry, Shairazi. Kak Shera , mengumpat. Kalau marah komen. ^^,
Dekat Pasar Karat, memang rambang mata  sebab harga dia lebih murah.. round-round satu pasar.
Dalam jam 1.30 pagi  bru blik. Mizan dah macam singa lapar sebab mengantuk. Pasar Karat  ni macam pasar hiduplah. Kat sana memang aku boleh thumbs up. Siapa datang Johor , aq betul-betul suggest untuk singgah sini.  Harga pun boleh tahan. Kat sana ada lah beberapa benda yg aku beli.. First, white teddybear. Second, White Cap and Silver Necklace pemberian Rusydan. Tupun puas aku tapau.. last last boleh gak free.. thanks beb. Bak kata orang Johor. Huhu
Hari Keempat (28 of May 2016)
Pagi ni lewat sikit bangun.. terlajak tidur. Mungkin penangan main air kat LEGOLAND semalam.Terlajak perahu boleh diundur. Terlajak tidur buruk padahnya. 6.50 baru sedar.. solat subuh.. mandi pun tak .hehehe.. tak nak menyusahkan orang kata Mizan. Kesian pulak kalau orang lain terpalsa tunggu nanti. Pastu gi makan kejap kat Restoran Hotel. Nasi Goreng. Alhamdulillah. Kenyang jugak.Pukul 8 lebih kitorang bertolak.  Dalam kul 10 sampai kat Ayer Hitam. Beli barang kat situ sikit sebab kat sana adalah kilang biskut gitu. Dekat RM100 jugaklah aku borong. Kenapa? Sebab sedap. Macam mana aku tahu? Adalah tester kat situ. Lagi satu memang murah gila dibanding tempat lain . Kalau tempat laen RM30 sebekas, lat sini jual RM15 sebekas. Pastu makan-makan kat kawasan tu jugak sebab ada restoran.
Pukul 11 pagi teruskan perjalanan.
Dalam pukul 3, berhnti kejap untuk solat dan makan kat satu tmpat kat Pahang, tapi tak jadi, sebab tak ada air. Masa lalu je kat satu sungai dekat Pahang, terlihatlah suatu pemandangan yg menyayukan .. sebsar besar sungai Pahang, kering ... tak ada air.. yang tinggal macam daratan.. Allahurabbi. Last last berhenti di perhentian Gambang.. makan and solat. Lepastu tukar kenderaan. Satu menghala ke Wakaf Baru, satu menghala ke Bachok. dalam pukul 8.15 berhenti untuk solat maghrib dan jamak isyak.. lepas dah solat barulah rasa senang untuk makan malam. Ikan bakar main recipe. Hujan lebat mencurah curah.. kilat petir berdentam dentum. Pkul 10 lebih baru selesai makan.
Truskn prjlnn. Yg laen smua berhenti kt rumah Cikgu Zariah. Aku dan adik aku, Fadhlan berhenti kat depan rumah nenek aku. babai Pok Cik Din.. 10.45 baru smpai rmah.. penat sgt.. tak dapat nak kata apa apa, nasib baik dah solat isyak.
Time to sleep. Esok nak pergi sekolah. Ada makan makan. Lembu 4 ekor tumbang kut. Pihak Muzium Kelantan pilih Maahad Amir untuk buat Pameran Tok Janggut tu yang besar tu. Ok, tu je kut. Dah ngantuk. Selamat malam. See you guys. ^^
#shahira_elyas

Comments

Popular posts from this blog

Muwasafat Tarbiyah

Assalamualaikum dan salam Sabtu buat semua. Alhamdulillah, seperti yang aku janjikan hari ini akan ku sambung perkongsian ilmu tentang Muwasafat Tarbiyah. Dan Inn syaa Allah, Wasilah Khusus Tarbiyyah Islamiah akan menyusul di entri yang akan datang. Hakikatnya kata muwasafat itu asalnya dari kata wa-so-fa yang bermaksud ciri atau watak. Muwasafat pula berkait dengan seseorang pelaku, (subject) dalam menyerlahkan sifatnya. Macam susah nak faham kan? Berbelit-belit pula jadinya. Sabar. Jangan stress. Baca perlahan-lahan, Inn syaa Allah faham lah nanti. Tarbiyah pula ertinya mendidik. Maksud yang lebih jelas tentang tarbiyah telah aku kongsikan dalam entri sebelumnya. Secara mudahnya Muwasafat tarbiyah itu bermaksud ciri-ciri atau sifat atau peribadi yang perlu ada dalam diri seseorang dalam membentuk seorang Muslim yang syumul. Allah berfirman dalam surah Ali Imran ayat 110 yang bermaksud: “kamu (umat islam) adalah umat terbaik yang dilahirkan untuk manusia, (kerana kamu) menyu...

CRUSH

Assalamualaikum sister and brother yang  aku sayang. Ok, sebelum tu bila sebut sister jangan pula fikir benda yang bukan-bukan. Fikir tentang Yahudi, Kristian bagai. It just about 'kakak' yang diertikan dalam Inggeris je. Aku cakap awal-awal. Tak pasal-pasal nanti kena kecam, iluminati bagai. Please, open your mind. Change your mentality, ubah persepsi. So for today, apa yang akan aku kongsi, beri pandangan peribadi adalah tentang CRUSH. Bukan apa, tapi sejak 2,3 minggu akhir-akhir ni banyak pula confession cinta. Dekat mana? Dekat salah satu group telegram. Aku masuk group tu before group tu glamour yang tahap kalau boleh semua orang nak screenshot confession dalam tu jadi status whatsapp. Aku masuk group tu sebelum kebanyakan isi-isinya tentang cinta, tentang crush, tentang orang yang kau minat pakai baju apa, buat apa, budak mana, fakulti mana and so on. And so on. Group apa? Tak pelah. Tak nak lah aku cakap group apa. But probably most of USIM's students know ab...

Tarbiah Itu Apa?

Assalamualaikum w.b.t. Apa khabar semua saudara seagamaku? Saudara sehati sejiwa dan moga-moga kekal sebagai saudara sejannah jua. Moga sentiasa sihat jiwa, raga dan imannya. Petang tadi, satu mesej masuk dalam group WhatsAppku. Suatu soalan jelas bertanda soal terlihat pada skrin handphoneku. Soalan dari adik lelakiku. “Apa maksud tarbiah yang ada semua tahu?” soalnya dalam salah satu group. Aku terdiam. Hakikatnya erti kata “tarbiah atau tarbiyah” itu selalu datang dan pergi dalam sehari-hariku. Selalu sangat aku dengar kata tarbiah itu. Sejak zaman sekolah menengah lagi. Tambah-tambah bila bersama dalam liko’ Badan Dakwah sekolah. Lagilah kerap aku mendengar kata itu. Namun seketika aku termangu sendiri. Sejauh mana aku faham soal tarbiyah sebenarnya? Tarbiah itu bukan sesuatu tetapi sesuatu itu memerlukan tarbiah. Kadang-kadang kita terlalu sibuk mentarbiyah orang lain, sampai kita sendiri terlupa mentarbiyah diri yang selalu dahagakan teguran dan pengisian jiwa. Kerana...