Assalamualaikum w.b.t …
Alhamdulillah setelah sekian lama aku berdiam diri, akhirnya tergerak hati ini untuk melakar ayat-ayat pujanga kembali. Cehh, pujangga lah sangat! Apapun, now I’m here. Writing again as usual.
USIM aka Universiti Sains Islam Malaysia. Seriously, dulu masa dekat sekolah menengah aku tak tahu persis pun tentang USIM. Memang lah nama tu aku pernah dengar. Tupun sebab cikgu yang banyak bercerita. Tapi soal yang lain-lain tu, sumpah aku tak tahu.

Aku tak tahu pun yang USIM tu ada kat Negeri Sembilan. Aku tak tahu pun yang USIM pun bukan calang-calang Universiti. Aku bukan nak back up university aku sendiri, tapi itu apa yang aku rasa sekarang. Dan secara jujur, aku langsung tak pernah berharap nak masuk sini.
Ya! Memang aku nak masuk bidang undang-undang, tapi tak pernah pulak aku target untuk masuk USIM.
Tapi itulah perancangan Allah namanya. Berada di sini bukan suatu kemahuan tapi sebuah takdir yang mencambahkan keindahan. Indah sebenarnya walaupun aku tak ada ramai sangat kawan rapat, (setakat ini lah). Kalau ada yang memang rapat gila-gila pun, housemate aku. Yang memang 24/7 bersama.

Entahlah, soal kawan, sampai hari ini aku tak mampu nak fikir kenapa ya, susah sangat aku nak mendekati seseorang. Sebelum ni senang je. Dan aku rasa kalau aku dekati seseorang, hubungan tu akan terbina je pun. Tapi persoalannya, aku langsung tak ada keinginan untuk berkenalan, mendekati!
Dulu Umi pernah tanya “ betul ke along nak pergi USIM? Kat sana kan along tak ada kawan sangat. Matrikulasi Along dah ada ramai kawan.”
Pastu aku jawab , “Alah umi, along nak pergi belajar bukan nak berkawan”.
Hurm , salah sebenarnya. Dekat matrikulasi, aku seronok sangat berkawan. Walaupun subjek tu aku tak minat tapi aku jadi nak juga belajar sebab semua kawan belajar sekali. Kat sini semua subjek aku suka, tapi masalahnya kenapa hati aku tak rasa gembira ya? Mungkin sebab dulu aku macam yakin sangat kut bagi kat Umi jawapan yang macam tu. Skearang. Ambik !

Betul, tujuan utama aku ke Universiti untuk belajar dan bukan untuk berkawan. Tapi, satu benda aku silap. Dalam belajar, aku perlu kawan. Aku sangat-sangat perlukan kawan untuk sokong aku dari belakang. Untuk kejutkan aku bila aku tertidur. Untuk betulkan aku bila aku khilaf. Kawan yang boleh sedarkan aku saat aku mula jauh dari Tuhan. Itu yang aku salah.
Bila berada kat Universiti, korang tak akan pernah jumpa lagi dah situasi di saat korang berada kat sekolah menengah. Kat sini, korang bebas. Bebas buat apa je yang korang nak. Nak balik lewat malam, nak keluar lelaki perempuan, nak ponteng kelas, nak tidur dalam kelas, nak main phone dalam kuliah. Terpulang. Korang bebas! Yes! Sangat bebas sehingga boleh buat korang leka dari tujuan sebenar korang masuk ke university.
Saat-saat begini, korang betul-betul perlukan kawan untuk sama-sama mengingatkan. Kat sini, satu je, cari kawan yang betul. Jangan libatkan diri korang dengan budak-budak yang langsung tak tahu apa yang diorang patut buat. Kecuali, korang ada keberanian untuk tarik diorang ke jalan yang Allah redhai. Tak kisahlah Universiti tu berlatar belakang Islamic atau tak, keadaan dia hampir sama je. Kita sendiri yang perlu jaga diri kita. Kalau kita pun leka, alamaknya, jauhlah kita tercampak. Jangan kecam aku pulak. It just my opinion.
Kadang-kadang , aku rasa takut sangat. Mampukah aku untuk tempuhi semua ni. Belajar dalam bahasa Arab. Aku sedar , itu bukan kepakaran aku. Tapi aku juga sedar yang aku harus teruskan.
Seorang kawan pernah cakap “ If Allah send you to it, He will send you through it. Aku betul-betul harap kata-kata itu betul. Doakan aku wahai pembaca. Moga masih ada sinar untuk hari esok.
Seorang kawan pernah cakap “ If Allah send you to it, He will send you through it. Aku betul-betul harap kata-kata itu betul. Doakan aku wahai pembaca. Moga masih ada sinar untuk hari esok.
Aamiin.
#shahira_elyas
Comments