Skip to main content

Catatan Training of Trainer 3

Assalamualaikum... untuk catatan Training of Trainer kali ni, I'm just want to share about our IT 2, Vice Minister,  Shairazi.. sob sob.. dalam suka suka kitorang buat persediaan untuk ke peringkat akhir kat Perak, dapat satu berita dari PKINK , Shairazi di blacklist! What the @#$!, terkejut ,shock, sedih, kelu,terkedu semua bercampur gaul macam nasi kerabu... Aigoo,  tak boleh terima.. sangat-sangat tak boleh diterima.. kitorang berjuang sama sama , tiba tiba sorang di blacklist..
Sob sob. Sedih sangat bila dia datang kat depan kiosk masa hari Khamis (18/02/16) , (tempat kitorang berniaga kat sekolah ) masa tu aku tengah potong keropok lekor untuk digoreng..
"Kak Shera, ana tok leh gi.. sebab tok muat bah.." dia mulakan perbualan.. rasa nk terlepas pisau di tangan..
"Sape kate??" Aku tanya..
"Lan (adik aku) kata.. Lan kata PKINK kata gitu"
"Sabarlah Roji, (nama panggilan aku untuk dia)
"Sabarlah Roji" Mizan yang duduk kat bawah menambah..
"Nanti tak delah orang yang nak curi gula ,kopi , creamer hotel" aku cakap sebak...sebab dia yang  selalu buat kerja gila macam tu.. bukan curi, ambik.. kan hotel sediakan..
"X delah yang nak bagi skitters kat kitorang" aku menambah..
"LOL" mizan menyambung..
"Allah, sedih pulak.. tak pe, nanti ana post laju " kata Shairazi..
Aku memang tak boleh kalau benda benda macam ni.. Mulalah air mata nak meleleh.. 'Ira, be strong tak boleh lemah'. Aku bagitahu diri sendiri.
"Ana ingat nak buat video kita semua sebelum gi tanding.. kalau Kak Mizan,buat lolok (pura pura) pegang file., kalau Kak Shera buat buat kira duit" terang Shairazi dengan bersemangat. "Setuju??" Dia soal kitorang..
"Setuju" Mizan jawab bersemangat.
"Kak Shera ok je"
"Ok!!" Shairazi mengakhiri perbualan kitorang
Sedih sangat bila tengok dia bersungguh macam tu. Sedang kitorang tak boleh nak buat apa apa untuk tolong dia supaya dia pun dapat pergi... dah tak de yang sporting macam dia.. sob sob.. sedih..
Masa aku tengah tulis ni aku , Mizan and cikgu Zariah sedang on the way balik dari beli kot untuk kitorang bertanding nanti...
Seriously, kot untuk pertandingan tak jumpa yang berkenan di hati . Tapi ada dua helai kot pendek.. Mizan satu and satu lagi of course lah aku.. cantik sangat.. sekali tengok macam jaket kulit pendek. Absolutely memang perfect sangat kalau pakai dengan jubah atau dress labuh yang ala ala princess tu.. hehehe.. so sebab tengok kitorang yang macam desperate sangat nak kan jaket tu.. Cikgu Zariah pun dengan baik hatinya belikan untuk kitorang.. One two three.. Mizan tengok aku, aku tengok Mizan.. happy sebenarnya..
Sape tak happy kalau dapat apa yang diinginkan.. One more thing, it's free...
Lama jugak lah sebenarnya kitorang merayau rayau kat situ.. tapi nak buat macam mana dah tak de..so kitorang teruskan perjalanan.. tiba tiba ada satu kereta bernombor plat DCM 5789 langgar belakang kereta yang kitorang naik.. senang cakap kereta Cikgu Zariah lah.. oi mak hang. aku yang tengah asyik tengok phone memang  terkejut habis.. senak perut beb.. mana taknya... memang satu hentakan yang boleh tahan kuat jugaklah.. nasib baik belakang kereta tu kemek sikit je.. tapi sikit sikit pun ada lah 1000 jugak nak repair balik.. orang tu nak bayar 200.. bayar tak bayar.. kalau baiki sekalipun memang comform lah tak sama tiruan ngan asli... mana sama mata asli dengan pakai kaca mata.. macam aku ni.. pagi pagi terseksa kalau time tak ingat letak kaca mata kat mana.. mahu nak menangis .. padahal kat depan mata.. tak perasan sebenarnya.. heheheheeh...
Then , kitorang teruskan perjalanan ke Mydin Kubang Kerian.. teruskan misi cari kot.. sampai je.. terus ke level 2 , tempat pakaian.. cari punya cari, hampeh.. semua kot man style. Kecewa lah jugak. Sebab tak de kot, kitorang cari tie... lastnya jumpa jugak. So pilih 5 tie warna merah terang and satu ribbon tie untuk IT . entah betul ke tak istilah tu..  lantakla.. then kitorang turun lepas dah pilih pilih.. biasalah MYDIN turun dengan travelator kan . Turun turun je, betul betul kat tempat makanan.. so alang alang dah ada kat sini , kitorang ambik peluang beli barang untuk jualan kat KIOSK.. lama jugak lah sebab nak bandingkan harga tu.. nak cari yang betul betul murah tapi berkualiti. Kalau setakat murah je tapi tak berkualiti. Kat kedai biasa pun berlambak.. lot of things yang kitorang kena ambik kira.. pertama of courselah harga. Second, kualiti.. sebab bagi kitorang. Kualiti lebih penting dari kuantiti.. macam tu jugak dalam pemilihan pekerja. Third, entah aku sendiri tak tahu... hwahahah..
So last, masa nak balik si Mizan ni ha ternampak pak cik jual buah mangga yang dipacking 1/1 tu.. dia pun ambik 3.. mana taknya , mata dia tu ha. Macam golden shine tengok buah mangga.
Dalan perjalanan balik, kitorang singgah kat kedai makan.. order je apa apa yang dihajatkan, yang penting cikgu belanja..
Mizan , pilih mihun sup special, aku nasi goreng tom yam, cikgu tak order apa apa sebab dia kata tak de makanan yang dia rasa berkenan di hati . Pastu cikgu call anak-anaknya , Kak Yani and Amir supaya datang kat kedai makan. Malas nak masak kat rumah katanya. Hehe. Lagipun penat nak masak. Dari tadi lagi keluar.  Kak Yani, pilih Kue Teow Tofu, Amir pilih Chicken Chop.. Perut pun dah kenyang. Mata pun dah ngantuk..
Lastly kitorang balik.
#shahira_elyas

Comments

Popular posts from this blog

Muwasafat Tarbiyah

Assalamualaikum dan salam Sabtu buat semua. Alhamdulillah, seperti yang aku janjikan hari ini akan ku sambung perkongsian ilmu tentang Muwasafat Tarbiyah. Dan Inn syaa Allah, Wasilah Khusus Tarbiyyah Islamiah akan menyusul di entri yang akan datang. Hakikatnya kata muwasafat itu asalnya dari kata wa-so-fa yang bermaksud ciri atau watak. Muwasafat pula berkait dengan seseorang pelaku, (subject) dalam menyerlahkan sifatnya. Macam susah nak faham kan? Berbelit-belit pula jadinya. Sabar. Jangan stress. Baca perlahan-lahan, Inn syaa Allah faham lah nanti. Tarbiyah pula ertinya mendidik. Maksud yang lebih jelas tentang tarbiyah telah aku kongsikan dalam entri sebelumnya. Secara mudahnya Muwasafat tarbiyah itu bermaksud ciri-ciri atau sifat atau peribadi yang perlu ada dalam diri seseorang dalam membentuk seorang Muslim yang syumul. Allah berfirman dalam surah Ali Imran ayat 110 yang bermaksud: “kamu (umat islam) adalah umat terbaik yang dilahirkan untuk manusia, (kerana kamu) menyu...

CRUSH

Assalamualaikum sister and brother yang  aku sayang. Ok, sebelum tu bila sebut sister jangan pula fikir benda yang bukan-bukan. Fikir tentang Yahudi, Kristian bagai. It just about 'kakak' yang diertikan dalam Inggeris je. Aku cakap awal-awal. Tak pasal-pasal nanti kena kecam, iluminati bagai. Please, open your mind. Change your mentality, ubah persepsi. So for today, apa yang akan aku kongsi, beri pandangan peribadi adalah tentang CRUSH. Bukan apa, tapi sejak 2,3 minggu akhir-akhir ni banyak pula confession cinta. Dekat mana? Dekat salah satu group telegram. Aku masuk group tu before group tu glamour yang tahap kalau boleh semua orang nak screenshot confession dalam tu jadi status whatsapp. Aku masuk group tu sebelum kebanyakan isi-isinya tentang cinta, tentang crush, tentang orang yang kau minat pakai baju apa, buat apa, budak mana, fakulti mana and so on. And so on. Group apa? Tak pelah. Tak nak lah aku cakap group apa. But probably most of USIM's students know ab...

Tarbiah Itu Apa?

Assalamualaikum w.b.t. Apa khabar semua saudara seagamaku? Saudara sehati sejiwa dan moga-moga kekal sebagai saudara sejannah jua. Moga sentiasa sihat jiwa, raga dan imannya. Petang tadi, satu mesej masuk dalam group WhatsAppku. Suatu soalan jelas bertanda soal terlihat pada skrin handphoneku. Soalan dari adik lelakiku. “Apa maksud tarbiah yang ada semua tahu?” soalnya dalam salah satu group. Aku terdiam. Hakikatnya erti kata “tarbiah atau tarbiyah” itu selalu datang dan pergi dalam sehari-hariku. Selalu sangat aku dengar kata tarbiah itu. Sejak zaman sekolah menengah lagi. Tambah-tambah bila bersama dalam liko’ Badan Dakwah sekolah. Lagilah kerap aku mendengar kata itu. Namun seketika aku termangu sendiri. Sejauh mana aku faham soal tarbiyah sebenarnya? Tarbiah itu bukan sesuatu tetapi sesuatu itu memerlukan tarbiah. Kadang-kadang kita terlalu sibuk mentarbiyah orang lain, sampai kita sendiri terlupa mentarbiyah diri yang selalu dahagakan teguran dan pengisian jiwa. Kerana...