Skip to main content

Posts

Showing posts from January, 2016

HARAPAN PALSU (CINTA)

Assalamulaikum Dunia... Tiba tiba hati aku rasa menyampah dengan kes putus cinta budak budak ni.. Hal nak bercinta, couple bagai tu dah satu masalah.. yang dah bercinta , putus pulak pun masalah jugak.. Mana taknya, yang lelaki mulut manit tak ingat dunia... yang perempuan pulak buat perangai gedik nengada ngada. Aku bukan nak blame sesiapa tapi aku nak pesan. Kalau kau just nak anggap dia sebagai kawan biasa, kau layanlah dia macam kawan biasa. Tak payah kau nak melampau-lampau caring pasal dia. Ya, kau tak pernah lafaz cinta ❤ atau rindu tapi kau sedar tak cara kau layan tu? Cara kau cakap dan text dia, menjurus kepada memberi harapan? Kau tak sedar! Ya kau tak sedar langsung!! Kau kena tahu. Hati manusia lembut especially perempuan. Mudah tersentuh kalau ada yang ambil berat. Mudah tersentuh kalau ada yang melayan dengan baik. Contoh perbuatan yang menjurus kepada memberi harapan palsu: 1. Hari-hari kau text “morning, goodnight, jangan lupa makan tau. Nanti t

Catatan Training Of Trainer 2

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM.. Thank you, thank you, thank you Allah.. Alhamdulillah , takdir cinta Allah itu indah.. cukup indah.. di saat kami cuba menenangkan hati kerana terasa seperti kemenangan bukan milik kami, Allah hadirkan satu kekuatan lain.. Terkejut hati ini bila dipanggil ke depan... Anugerah Perkhidmatan Terbaik... tak mampu aku luah dengan kata kata. Seolah olah mimpi.. lepas ambik anugerah, sijil dan wang penghargaan.. kami turun... berdiri sebaris seperti yang dipinta. Baru ingin menenangkan hati yang begitu teruja, sekali lagi Maahad Amir Indra Petra  dipanggil. Anugerah Persembahan Terbaik.. Allahu Akbar.. Indahnya perancangan Ilahi... Indah, cukup indah .. Berkat doa , ibu bapa kitorang, guru guru, saudara mara, our friends and of course our principal of Maahad Amir Indra Petra... Walaupun untuk catatan lepas aku dah ucapkan penghargaan, but for this time aku tetap nak ucap jugak.. Thanks to : Semua Pengurus Syarikat F.E.A.R SDN BHD,

Catatan Training Of Trainer

MINI KONVENSYEN PROTUNE PERINGKAT NEGERI KELANTAN 2015 Assalamualaikum, Salam Perjuangan, Salam Usahawan.. Saat aku menulis catatan ni, sedang berlangsung pertandingan Mini Konvensyen PROTUNE bagi sesi ke dua. Lagi 3 jam akan diumum keputusan.. Semalam, lepas buat undian, kami ahli lembaga pengarah diminta untuk membuat persembahan yang keempat.. 10 buah sekolah dipertandingkan. 5 untuk sesi pertama dan 5 untuk sesi kedua... so sebab kitorang dapat no empat.. kitorang kena buat persembahan dalam sesi pertama. (Semalam)! Perasaan? Entah, macam macam ada... takut, gugup, berdebar debar, excited... semua bercampur... bukan mudah untuk buat persembahan kat depan orang ramai... Tambah tambah kebanyakan yang melihat , orang orang profesional.. yang memang betul betul tahu perjalanan perniagaan tu macammana... yang berniaga peringkat untung berjuta juta... tiba tiba rasa kerdil bila berada depan mereka.. bukan satu mata yang melihat.. entah mengapa aku rasa setiap mata yang memanda

ERTI CINTA BUAT AKU!

Assalamulaikum Cinta.. hari demi hari aku berjalan seperti biasa.. seperti yang lain jua.. tapi entah mengapa hati ini tetiba terfikir sesuatu.. 18 tahun aku hidup atas bumi Allah ini.. Jujur dalam 18 tahun ini , aku masih tercari cari apa maksud cinta sejujurnya. Bagi aku Cinta itu tak seharusnya hadir dalam benci. Kadang bila hati mencintai, yang jauh terasa dekat. Yang kabur terasa jelas. Yang jelik terasa sempurna. Yang sepi terasa bermakna. Yang marah terasa rindu. Segalanya sempurna biar tanpa lafaz kata dan bicara. Cinta itu terasa dekat bila kita cuba memahami hakikatnya. Kadang sulit untuk kita mengenalnya. Tapi bila hati ini mencintai , segala-galanya hanya terlihat dia. Kadang kita tak sedar cinta itu hadir. Dan kekadang, entah kenapa , kita hanya akan sedar saat waktu sudah terlalu jauh meninggalkan kita. Kadang saat melihatnya, hati ini terasa berbunga. Bagai ada jejari yang bermain di jiwa. Entah apa yang dirasa. Kadang, saat melihat dia, jantung ini bagai berlumb

RAHSIA SUJUD DALAM SOLAT

Assalamualaikum pembaca yang setia... hehehe.. Bila sibuk sangat dengan kelas (walaupun sekolah baru bukak) , aku jadi lupa dengan blog yang makin hari makin berkulat. Huhu ^^ Entahlah.. macam macam yang datang.. belum masuk U lagi .. sebab tu Umi selalu cakap " along ni , sibuk mengalahkan DO! " aku senyum je macam kerang busuk. P/s : DO kat atas tu bukan DO kmpulan EXO ya.. jangan silap plk. Peace ✌ So, sebab lama tak refresh, aku nak kongsikan rahsia sujud.. semua dari kita pernah solat kan? (Angguk angguk) pernah tak kita fikir kenapa kita kena sujud. Apa kelebihannya? Setiap sesuatu yang Allah tetapkan mesti ada sebab.. tiada yang sia sia atas segala sesuatu. Tapi apa ya? Sujud bukan sahaja mendekatkan kita dengan Allah SWT tetapi dari sudut perubatan pun ada hikmahnya. Antara hikmah sujud menurut keterangan perubatan ialah:-  1.  Membetulkan buah pinggang yang terkeluar sedikit dari tempat asalnya. 2. Membetulkan pundi peranakan yang jatuh. 3. Melegakan

TUAN GURU HAJI ABDUL HADI AWANG

Y.A.B. TUAN GURU HAJI ABDUL HADI AWANG KELAHIRAN Lahir pada 6 Zulhijjah 1366 bersamaan 20 Oktober 1947 di kampung Rusila, Marang Terengganu. Anak ke 5 dari 9 orang adik beradik. Ayahnya adalah seorang guru agama dan imam di Masjid Rusila,Marang. KELUARGA Mempunyai dua orang isteri iaitu Puan Hajjah Zainab bt. Awang, 47 tahun dan Dr. Norzita Taat, 37 tahun. Anak 13 orang. Dengan isteri pertama beliau mempunyai 11 orang anak manakala dengan isteri kedua, beliau mempunyai 2 orang anak. Anak sulung beliau berumur 22 tahun dan kini belajar di Universiti Iman, Yaman. PENDIDIKAN Mula belajar di Sekolah Kebangsaan Rusila, Marang kemudian Sekolah Agama Marang dan seterusnya mengambil senawi di Sekolah Agama Sultan Zainal Abidin, Kuala Terengganu. Disamping itu belajar agama, Bahasa Arab serta politik dari ayah sendiri iaitu Tuan Guru Haji Awang Muhamad. Melanjutkan pelajaran ke Universiti Islam Madinah dengan biasiswa dari Kerajaan Arab Saudi dari tahun 1969 - 1973. Tamat dengan B. A

HIJRAH TU APA?

Duhai yang bergelar manusia... Apakah pengertian hijrah menurut kamus hidup mu ? Apakah ianya sebuah permainan ? Apakah ia sebuah game yang nantinya akan kamu tinggalkan setelah penat berusaha mencapai level tapi tidak mampu ? Apakah cuma sebegitu usaha mu ? Kemana hilang semangat perjuangan seorang mujahid ? Dimana perginya kecekalan hati seorang yang mengangkat sumpah La illaha illa Allah ? Dimana hanyut kecintaan terhadap Rasulullah Saw yang selama ini kau agung-agungkan ? Kemana dan dimana ? Jika hijrah mu sekadar pembohongan di bibir, usahlah kau mengucap kata insaf. Jika hijrah mu sekadar pendustaan di bibir, usahlah kau mengungkap kata 'aku ingin berubah'! Mengapa sanggup kau bohongi diri sendiri ? Mengapa sanggup kau dusta kepada diri sendiri ? Apakah kamu mengira Tuhan itu tidak melihat dan tidak mengetahui niat hati mu ? Apakah hebat diri mu mempermain taubat ? Apakah bijaksana diri mu memperlekeh jalan mencari cahaya iman ? Bahagiakan kamu

TIPS MENGURANGKAN STRESS!!

Tips Mengurangkan Tekanan... Kita adalah sebaik-baik makhluk ciptaan Allah, namun kita masih tak terlepas daripada menghadapi tekanan dalam menjalani kehidupan.. Pelbagai tekanan yang dihadapi menyebabkan hati menjadi runsing dan semua kerja tidak akan terlaksana. Tidak mustahil bagi individu yang berhadapan dengan masalah ini akan terbawa-bawa ke rumah hingga anak-anak pula menjadi mangsa. Kalau pelajar pulak, sebab tertekan sangat.. pelajaran entah kemana. .Tapi, ingatlah, hati akan menjadi tenang kalau kita kembali kepada Allah. Apa jua yang dilakukan mestilah berdasarkan kepada Al-Quran dan Al-Sunnah disertai dengan niat yang ikhlas semata-mata untuk mendapat keredhaan Allah. Allah Akbar Ada beberapa tips yang kita boleh amalkan untuk mengurangkan tekanan hidup. Antaranya ialah 1) Biasakan diri berada dalam keadaan berwuduk.Jiwa kita akan menjadi tenang jika kita membiasakan diri mengambil wuduksebelum melakukan pekerjaan. Kerja yang susah akan menjadi senang dan mudah dise

Tuan Guru Dato' Bentara Setia Haji Nik Abdul Aziz bin Nik Mat (BINTANG SYURGA)

Siapakah Nik Aziz Nik Mat? KEMENANGAN Angkatan Perpaduan Ummah di Kelantan dalam pilihanraya umum tahun 1990 dan perlantikan Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz sebagal Menteri Besar merupakan dua peristiwa penting dalam sejarah politik tanahair. Dalam sejarah pilihanraya umum di negara kita, belum pernah berlaku parti-parti pembangkang bergabung dan dapat mengalahkan parti pemerintah (Barisan Nasional) lalu menubuhkan sebuah kerajaan negeri.  Inilah yang berlaku di Kelantan apabila Angkatan Perpaduan Ummah menang untuk berkuasa dalam pilihanraya tersebut. Angkatan Perpaduan Ummah bukan sahaja telah berjaya menumbangkan kerajaan Barisan Nasional, malah telah memenangi semua (sapu bersih) kerusi yang dipertandingkan untuk Dewan Undangan Negeri dan untuk parlimen di Kelantan. Dalam sejarah perlantikan Menteri Besar pula belum ada seorang tok guru yang berserban dan berjubah dilantik sebagai Menteri Besar, selain daripada Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz bin Nik Mat. Inilah yang saya katak