Skip to main content

RIMASLAH PAKAI TUDUNG LABUH

Assalamualaikum.. rimaskan pakai tudung labuh ni.. rimas rimas rimas.. banyak perkara yang mermaskan bila pakai tudung labuh.. betul-betul rimas.. serius memang rimas.. kerimasan yang pertama adalah bila cuaca panas.. dan ketika cuaca panas ni kita perlu keluar rumah atas urusan tertentu.. nak-nak lagi harus berjemur di bawah terik sang mentari.. alamak.. dah la cuaca panas.. tudung pulak labuh.. tebal pulak tu.. langsung tak ada ruang angin keluar masuk macam tudung singkat.. kadang berpeluh-peluh.. Ya Allah.. rimas-rimas rimas..
lagi, kerimasan memakai tudung labuh juga ketara apabila kita berkelah atau beriadah di tepi pantai.. kalau tepi pantai, angin kan kuat.. tudung pulak labuh dan besar.. makanya, akan mengerbanglah tudung yang kita pakai dalam keadaan yang hebat mengalahkan bendera amaran bahaya yang di pasang di tepi pantai.. pastu kena pegang sana, pegang sini.. yelah, takut tercabut tudung tu.. siapa nak jawab nanti.. tak pasal-pasal free hair.. rimas rimas rimas..
seterusnya, susahnya nak iron tudung labuh ni.. kemain besar lagi.. kalau tudung yang kecik 5 minit siap iron.. kalau tudung labuh ni, mahu 15 minit, yang cerewet pulak mungkin makan masa 30 minit.. orang dah siap semuanya, kita baru terkial-kial nak pakai tudung..  rimas rimas rimas..
bila pakai tudung labuh susah nak duduk kalau kereta.. masa nak drive ke apa ke.. nak sandar kang takut kedut.. rimas betul.. takkan nak drive ngan badan yang tercongok ke depan.. yedak? pastu bila duduk dalam kereta ngan adik-adik yang nakal tak reti duk diam, mesti tertarik-tarik tudungnya.. maklumlah tudung besar.. mula lah kena repair semula.. rimas rimas rimas...
bagi segelintir individu, ( SEGELINTIR, BUKAN SEMUA) mindset mereka telah di setting bahawa golongan yang bertudung labuh ni dah cukup sempurna, cukup  baik dan sebagainya.. pantang buat silap sikit, mula lah.. sedang mereka tidak sedar bahawa golongan yang bertudung labuh ini bukanlah sempurna.. mungkin mereka telah berjaya menutup aurat dengan baik tetapi mereka juga  manusia biasa yang tak pernah lekang dari membuat khilaf dan dalam masa yang sama sedang sedaya upaya memperbaiki diri.. apabila berhadapan dengan invidu yang bermindset seperti yang dinyatakan, kadang-kadang rimas juga.. rimas rimas rimas...
.
lihat.. banyakkan kerimasan yang dialami oleh golongan bertudung labuh.. tetapi tak mengapa.. kerimasan ini akan hilang dengan sekelip mata apabila kita meniatkan segalanya hanya kerana Allah.. SAHAJA AKU PAKAI TUDUNG LABUH KERANA ALLAH.. nah.. maka segala kerimasan seperti yang disebut di atas tak akan menjadi masalah..
pakai tudung labuh masa cuaca panas terik memanglah rimas.. tetapi ini cuma panas dunia.. tudung labuh yang merimaskan ini akan menjadi perisai kita daripada dimamah oleh api neraka di akhirat kelak, kerana kita telah berusaha menjaga aurat kita sebaik mungkin.. in shaa Allah~
pakai tudung labuh dan berjalan di tepi pantai dengan angin yang bertiup kencang memanglah rimas.. tetapi aurat kita sangat terjaga.. bila angin bertiup, kita dihadang oleh tudung labuh daripada terlihatnya anggita-anggota tubuh.. maka, aib kita sudah terpelihara.. bukankah lebih indah begitu..?
nak iron tudung labuh memang memakan masa daripada tudung biasa.. tetapi jangan jadikan itu alasan.. kan boleh iron siap-siap dan sangkut molek-molek dalam almari.. bila nak pakai, ambil dan sarung.. tak susah pun.. bersabarlah.. Allah melihat setiap perlakuan kita..
bila pakai tudung labuh, memang rimas bila orang selalu nampak salah kita.. tetapi, pandanglah pada sudut yang positif.. mungkin itu adalah teguran dari Allah kepada kita untuk mengubah sikap kita mana yang kurang supaya menjadi lebih baik selari dengan keindahan tudung labuh yang kita pakai.. kan..?
sedarlah.. kerimasan ini kerimasan membawa berkah.. membawa kita dekat kepada Allah.. jadi jangan mengalah.. kerana Allah itu ada.. Dia faham akan kita.. apa-apa sahaja mengadulah pada Dia.. maka, teruslah beristiqamah tanpa lelah.. sesungguhnya di sisi kita ada ALLAH ~
wallahua'lam..
#shahira_elyas

Comments

Popular posts from this blog

Muwasafat Tarbiyah

Assalamualaikum dan salam Sabtu buat semua. Alhamdulillah, seperti yang aku janjikan hari ini akan ku sambung perkongsian ilmu tentang Muwasafat Tarbiyah. Dan Inn syaa Allah, Wasilah Khusus Tarbiyyah Islamiah akan menyusul di entri yang akan datang. Hakikatnya kata muwasafat itu asalnya dari kata wa-so-fa yang bermaksud ciri atau watak. Muwasafat pula berkait dengan seseorang pelaku, (subject) dalam menyerlahkan sifatnya. Macam susah nak faham kan? Berbelit-belit pula jadinya. Sabar. Jangan stress. Baca perlahan-lahan, Inn syaa Allah faham lah nanti. Tarbiyah pula ertinya mendidik. Maksud yang lebih jelas tentang tarbiyah telah aku kongsikan dalam entri sebelumnya. Secara mudahnya Muwasafat tarbiyah itu bermaksud ciri-ciri atau sifat atau peribadi yang perlu ada dalam diri seseorang dalam membentuk seorang Muslim yang syumul. Allah berfirman dalam surah Ali Imran ayat 110 yang bermaksud: “kamu (umat islam) adalah umat terbaik yang dilahirkan untuk manusia, (kerana kamu) menyu...

CRUSH

Assalamualaikum sister and brother yang  aku sayang. Ok, sebelum tu bila sebut sister jangan pula fikir benda yang bukan-bukan. Fikir tentang Yahudi, Kristian bagai. It just about 'kakak' yang diertikan dalam Inggeris je. Aku cakap awal-awal. Tak pasal-pasal nanti kena kecam, iluminati bagai. Please, open your mind. Change your mentality, ubah persepsi. So for today, apa yang akan aku kongsi, beri pandangan peribadi adalah tentang CRUSH. Bukan apa, tapi sejak 2,3 minggu akhir-akhir ni banyak pula confession cinta. Dekat mana? Dekat salah satu group telegram. Aku masuk group tu before group tu glamour yang tahap kalau boleh semua orang nak screenshot confession dalam tu jadi status whatsapp. Aku masuk group tu sebelum kebanyakan isi-isinya tentang cinta, tentang crush, tentang orang yang kau minat pakai baju apa, buat apa, budak mana, fakulti mana and so on. And so on. Group apa? Tak pelah. Tak nak lah aku cakap group apa. But probably most of USIM's students know ab...

Tarbiah Itu Apa?

Assalamualaikum w.b.t. Apa khabar semua saudara seagamaku? Saudara sehati sejiwa dan moga-moga kekal sebagai saudara sejannah jua. Moga sentiasa sihat jiwa, raga dan imannya. Petang tadi, satu mesej masuk dalam group WhatsAppku. Suatu soalan jelas bertanda soal terlihat pada skrin handphoneku. Soalan dari adik lelakiku. “Apa maksud tarbiah yang ada semua tahu?” soalnya dalam salah satu group. Aku terdiam. Hakikatnya erti kata “tarbiah atau tarbiyah” itu selalu datang dan pergi dalam sehari-hariku. Selalu sangat aku dengar kata tarbiah itu. Sejak zaman sekolah menengah lagi. Tambah-tambah bila bersama dalam liko’ Badan Dakwah sekolah. Lagilah kerap aku mendengar kata itu. Namun seketika aku termangu sendiri. Sejauh mana aku faham soal tarbiyah sebenarnya? Tarbiah itu bukan sesuatu tetapi sesuatu itu memerlukan tarbiah. Kadang-kadang kita terlalu sibuk mentarbiyah orang lain, sampai kita sendiri terlupa mentarbiyah diri yang selalu dahagakan teguran dan pengisian jiwa. Kerana...